SHAH ALAM, 23 SEPTEMBER 2020 – Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor Bil. 4/2020 pada 22 September 2020 (Selasa). Mesyuarat yang bermula jam 9:30 pagi tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Selangor dan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBS Negeri Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua Ketua Bahagian di Ibu Pejabat, Pegawai Belia dan Sukan Daerah dan semua pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat. Mesyuarat menjurus kepada pelaporan berhubung pengurusan pentadbiran dan program-program Bahagian Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda di Ibu Pejabat dan Daerah.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
- JBS Selangor
- Hits: 455



