SHAH ALAM, 28 OGOS 2020 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Selangor 2020 telah berjaya dilaksanakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam di sini.
Pelbagai usul telah dibentang dan dibahaskan bagi penggal kali ini dan usul dari Daerah Hulu Langat telah dibentang oleh Saudara Sherhan Nizam bin Abd. Aziz, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat (MBSDHL). Semua perwaklilan belia daerah mengharapkan agar usul-usul kali ini dapat diberi pertimbangan sewajarnya di peringkat tertinggi seterusnya memberi impak positif kepada seluruh generasi belia di negara ini khususnya di Negeri Selangor.
MPBN Selangor ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ruzain bin Idris, Pegawai Pembangunan Negeri Selangor merangkap Pengerusi MPBN Selangor. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 598
