BANTING, 12 OGOS 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Mampan Bil. 4/2020 telah diadakan bertempat di Dewan Kompleks Sukan, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPKL yang baharu iaitu Yang Berbahagia Dato' Amirul Azizan bin Dato' Sri Abd Rahim. Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat telah mengadakan pembentangan berkenaan Pertanian Bandar. Program ini adalah bertujuan membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terbahagi kepada dua (2) kategori projek iaitu Kategori Individu Dan Kategori Komuniti. Puan Nazeela binti Zulkiflee selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat turut menghadiri mesyuarat tersebut.
Disediakan oleh : Nazeela binti Zulkiflee, PBSD Kuala Langat
Disunting oleh : ASP, PBSD Kuala Langat
- JBS Selangor
- Hits: 660
