SHAH ALAM, 11 OGOS 2020 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Umi Hani binti Abu Kassim telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) yang telah diadakan baru-baru ini.
Majlis pengiktirafan ini berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah pasca Covid 19 untuk meraikan pencapaian cemerlang pegawai dan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia setelah berjaya mencapai pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2019.
Seluruh warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat sesungguhnya berbangga dengan pencapaian ini dan akan sentiasa bersama-sama mengembleng tenaga dalam memperkasakan Daerah Hulu Langat ke tahap yang lebih baik.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 419
