HULU LANGAT, 7 DISEMBER 2020 - Program Rakan Muda Day Out (RMDO) Peringkat Daerah Hulu Langat yang tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini akan diteruskan dengan membawa satu usaha yang baru.
Satu perbincangan bersama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL), Kelab Belia Harapan Islam Bandar Baru Bangi (Kelab Belia HABIB) dan Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat (MBSDHL) bagi menoktahkan pengisiannya telah diadakan.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Suhailah binti Mohd Sa’at yang hadir dalam sesi perbincangan ini meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Kelab Belia HABIB dalam merencanakan pengisian RMDO ini.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 381
