BESTARI JAYA, 12 JANUARI 2021 - Misi Bantuan Banjir (Pasca) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah diadakan pada baru-baru ini di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini.
Misi bantuan yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Hasnata bin Hasan telah digerakkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk kampung yang terjejas ekoran banjir yang berlaku pada awal bulan ini. Sebanyak 17 buah rumah telah dilawati bagi menyerahkan keperluan asasi, keperluan asas rumah dan membaik pulih kerosakan.
Turut hadir bersama Penghulu Mukim Bestari Jaya, Encik Hanis bin Zahari dan Ketua Kampung Rantau Panjang, Encik Nordin bin Sulaiman Shah.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 511
