KUALA SELANGOR, 17 DISEMBER 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Persatuan Belia Pelopor Jeram dan Sukarelawan Rakan Muda Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kepimpinan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) pada 15 Disember 2020 (Selasa) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor.
Encik Sazali bin Abdul Samad, Pegawai Pembangunan Potensi Remaja, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah dijemput sebagai penceramah bagi sesi satu bertajuk Konsep, Falsafah dan Prinsip ARPRM serta Struktur Organisasi Pengurusan ARPRM.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 583
