SHAH ALAM, 20 JANUARI 2021 - Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda) telah menerima T-shirt Skuad Sukarelawan Rakan Muda sebanyak 100 helai pelbagai saiz yang bakal diagihkan kepada Sukarelawan Rakan Muda Selangor (RMS).
“Di peringkat negeri Selangor, kami telah ada 200 lebih orang sukarelawan yang bersedia untuk dipanggil sekiranya diperlukan. Kami telah wujudkan satu grup dengan menggunakan Telegram bagi memudahkan penyaluran maklumat terkini kepada barisan Sukarelawan RMS.” Ujar Puan Umi Hani binti Abu Kassim.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 19 JANUARI 2021 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor Bil. 1/2021 pada 14 Januari 2021 (Khamis) dengan menggunakan platform Google Meet bagi yang Bekerja di Rumah (BDR) dan Ketua-ketua Bahagian hadir ke Bilik Mesyuarat JBS Selangor. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBS Selangor tepat jam 11.00 pagi.
Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda) yang hadir ke bilik mesyuarat telah membentangkan program-program Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM) yang telah dilaksanakan dan perancangan program yang bakal diadakan pada tahun ini.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 18 JANUARI 2021 - Unit Komunikasi Korporat (UKK), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menyusun maklumat perhubungan Rakan Muda Prihatin di seluruh Malaysia untuk dikongsi di media sosial bagi memudahkan orang awam mengetahui dimanakah Pusat Bantuan Misi Banjir atau Bilik Gerakan Banjir yang beroperasi.
Bagi negeri Selangor, pengoperasian Pusat Bantuan Misi Banjir bertempat di Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor, Tingkat 5, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam. Ia dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Semoga usaha murni ini akan dibalas dengan kebaikan dunia dan akhirat.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
KUALA SELANGOR, 12 JANUARI 2021 - “Terima kasih kepada Sekretariat Bantuan Misi Banjir (Pasca) JBS Selangor yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah kerana segera turun ke Kuala Selangor selepas diberitakan tentang banjir yang melanda kawasan ini.” Cik Look Xin Dey, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor.
Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor yang diketuai oleh Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda) telah menyusun kerja dan membuat persiapan bagi Program Pasca Banjir Rakan Muda ‘We Care’ yang telah berlangsung semalam bertempat di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
KOTA TINGGI, 12 JANUARI 2021 - Negara kini dikejutkan dengan bencana alam iaitu banjir yang melanda beberapa negeri. Antara negeri yang terjejas teruk adalah Johor. Cik Artika binti Rozilan, Pegawai Post Khidmat Negara, Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor bersama-sama dengan Kementerian Pembangunan Wanita turun ‘menghulurkan tangan meringan beban’ kepada mangsa-mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor.
“Pada hari yang kami sampai, air kembali tinggi dan menyebabkan para penduduk di sekitar bandar Kota Tinggi perlu bergerak semula ke Pusat Penempatan Banjir. Di sini, iaitu Dewan V’Tech, Kolej Vokasional Kota Tinggi merupakan Pusat Penempatan Banjir bagi kawasan sekitarnya. Dewan ini boleh menampung kira-kira 300 buah keluarga.”
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 10 JANUARI 2021 - Pada Sabtu lepas, telah berlangsung satu taklimat dan persiapan barangan sumbangan bagi Program Pasca Banjir Rakan Muda ‘We Care’ Negeri Selangor yang akan diadakan pada 11 Januari 2021 (Isnin) bertempat di Kuala Selangor.
Tujuan program ini dilaksanakan bagi menziarahi dan memberikan sumbangan kepada mangsa akibat bencana banjir di seluruh negeri Selangor.
Semoga perjalanan program ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 19 JANUARI 2021 – Dalam keadaan sekarang, semua mesyuarat mahupun perjumpaan dilakukan secara atas talian. JBS Selangor juga tidak terlepas dari membendung penularan Virus Covid-19. Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Pemantauan Naik Taraf Kompleks Rakan Muda Bil.8. Pada mesyuarat tersebut, seramai 6 agensi telah terlibat secara atas talian. Mesyuarat tersebut diadakan bagi pihak JBS Selangor terutama di Jabatan mendapatkan kedudukan terkini bagi keadaan kompleks rakan muda yang dalam proses naik taraf. Timbalan Pengarah Sukan, Puan Norazreen binti Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan di peringkat Negeri turut serta dalam mesyuarat tersebut.
Disediakan oleh : Nur Hidayah Binti Mohd Yusoff, Bahagian Pembangunan Sukan
MARAN, 17 JANUARI 2021 – Program Misi Bantuan Mangsa Banjir di Pahang yang di anjurkan oleh Persatuan Belia (MBFM) Felda Soeharto dengan kerjasama Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Selangor, Felda Felda Soeharto, Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia Kawasan Hulu Selangor, Persatuan Sukan Bermotor Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Malaysia, FS Motorsport dan Skuad Antidadah Hulu Selangor.
Program ini merupakan perihatin diri terhadap masyarakat yang di timpa masalah dan musibah. Persatuan telah mendapat sumbangan dari pelbagai pihak dan individu yang menyokong program ini. Antara sumbangan yang diperolehi adalah Pampers Bayi, Tuala Wanita, Susu Bayi, Baju Dalam, Pakaian, Selimut, Tilam dan Bahan Makanan.
Bagi NGO - NGO yg ingin menyalurkan bantuan di Pahang, bolehlah menggunakan Sistem e-Bantuan Banjir yang bagi tujuan kelulusan dan penyelarasan Pergerakan bantuan NGO-NGO. Semua NGO/Korporat/Individu perlu memohon melalui sistem https://ebanjir.pahang.gov.my ini.
Penyelaras Daerah kemudiannya akan membuat semakan dari semasa ke semasa dalam Sistem e-Bantuan Banjir dan seterusnya memberi kelulusan yang bersesuaian. Pemohon kemudiannya boleh menyemak status permohonan dan mencetak pas kenderaan yang dilampirkan di dalam sistem.
Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor
SHAH ALAM, 18 JANUARI 2021 – Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mewujudkan Bilik Gerakan SOP Sukan dan Rekreasi yang mula beroperasi pada 7 Disember 2020. Tujuan bilik gerakan tersebut adalah untuk memberikan maklumat berkenaan SOP Sukan dan Rekreasi kepada orang awam operator sukan, kelab dan persatuan serta syarikat-syarikat berkaitan sukan. Selian itu juga Bilik Gerakan SOP Sukan dan Rekreasi juga bertanggungjawab untuk mempertimbangkan kelulusan penganjuran kejohanan dan aktiviti sukan. Pada taklimat tersebut, Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah Sukan dan Encik Mohd Zaaba bin Ponrahono turut hadir bagi mewakili Bahagian Pembangunan Sukan JBS Selangor.
Disediakan oleh : Nur Hidayah Binti Mohd Yusoff, Bahagian Pembangunan Sukan
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231