SHAH ALAM, 17 FEBRUARI 2021 - YB Dato’Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa fasiliti sukan bagi meninjau tahap pematuhan pembukaan sektor Sukan dan Rekreasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Antaranya ilaha Kelab Golf Glenmarie, Stadium UiTM bagi tinjauan latihan individu UiTM FC dan Sports Arena di Jalan Klang Lama.
Turut hadir bagi sesi tinjauan ini adalah Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda), JBS Negeri Selangor.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 457
