BUKIT SENTOSA, 25 FEBRUARI 2021 – Rakan Muda - Sports Bubble Volunteer (RM-SBV) Daerah Hulu Selangor telah mengadakan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pusat Sukan dan Rekreasi di sekitar daerah Hulu Selangor dengan mengadakan pemantauan di M.I.A Sado Gym And Fitness Centre.
RM-SBV Hulu Selangor telah membuat pemeriksaan bagi memastikan operator sukan menjalankan aktiviti mengikut garis panduan yang ditetapkan dengan menyediakan keperluan seperti QR My Sejahtera, pemeriksaan suhu, hand sanitizer dan ruang penjarakan fizikal 1 meter di premis berkenaan.
Pegawai Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Selangor, Encik Mohd Ayob bin Rahmat turut sama memantau operasi ini dan memberikan maklumbalas kepada setiap isu yang dibangkitkan.
Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 469
