- JBS Selangor
- Hits: 393
JBS NEGERI SELANGOR SAMPAIKAN TAKLIMAT JAWATANKUASA BERTINDAK PEBANGUNAN BELIA DAN SUKAN
SHAH ALAM, 3 MAC 2021 – Satu taklimat berkaitan Pelaksanaan Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Peringkat Negeri Selangor kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan Dan Pembangunan Modal Insan telah diadakan pagi tadi. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ybrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Tujuan utama taklimat tersebut diadakan adalah untuk menyelaras program-program pembangunan belia dan sukan yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi lain khususnya di Negeri Selangor.
Turut hadir sama ke taklimat tersebut adalah Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Disediakan oleh : Maria Amir, Bahagian Pembangunan Belia
- JBS Selangor
- Hits: 393
