- JBS Selangor
- Hits: 470
PROMOSI SPN DI RADIO SELANGOR FM
ANGKASAPURI, 24 MAC 2021 – YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah hadir ke Konti SelangorFM bagi mempromosikan Skim Perantisan Nasional (SPN) pada 22 Mac 2021 melalui siaran “Ya Boss”. Turut hadir bersama beliau adalah Puan Nurr Mariana binti Amir Hamzah, Pegawai Pembangunan Ekonomi merangkap Pegawai Penyelaras SPN Negeri Selangor.
“Saya berharap agar belia-belia khususnya belia di Negeri Selangor mengambil peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan semasa negara kita dilanda Pandemik Covid-19 I” ujar Encik Hasnata bin Hasan mengenai harapan beliau terhadap pelaksanaan program tersebut.
Disediakan oleh: Maria Amir, Bahagian Pembangunan Belia
- JBS Selangor
- Hits: 470
