SHAH ALAM, 29 MAC 2021 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah mengadakan Kursus Marshal KBS 2021 Peringkat Negeri Selangor pada 28 Mac 2021 bertempat di Speedway PLUS Circuit, Subang Jaya. Seramai 22 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Turut menjadi peserta kursus tersebut adalah Puan Nurr Mariana binti Amir Hamzah, Pegawai Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia. Majlis penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Tuan ACP Abdul Khalid bin Othman, Ketua Polis Daerah Subang Jaya.
Disediakan oleh: Shahrul Nisha, Bahagian Pembangunan Belia
- JBS Selangor
- Hits: 322
