- JBS Selangor
- Hits: 733
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA BERAMAH MESRA BERSAMA PEGAWAI DAN KAKITANGAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KUALA LANGAT
BANTING, 31 MAC 2021 – Sempena lawatan yang akan dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara pada 1 April 2021(Khamis) jam 2.30 petang ke pusat pemberian vaksin di Banting, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat bagi bertemu dan beramah mesra bersama Pegawai dan kakitangan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan lawatan tersebut. Daerah Kuala Langat merupakan daerah yang pertama di Selangor terpilih bagi lawatan YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Lawatan tersebut bertujuan bagi melihat sendiri tugas sukarelawan Myvac serta peranan mereka sepanjang tempoh pemberian vaksin dijalankan.
Turut hadir bersama semasa perjumpaan tersebut adalah Puan Nazeela binti Zulkaflee, Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta Encik Azlan bin Sap, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Disediakan oleh: Nur Hidayah binti Mohd Yusoff, PBSD Kuala Langat
- JBS Selangor
- Hits: 733
