KUALA KUBU BHARU, 1 APRIL 2021 – Sesi temubual Santai Petang bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor telah berlansung di Konti AADK Negeri Selangor di Petaling Jaya pada 26 Mac 2021. Temu bual yang bertajuk “Belia dan Sukan Permotoran Lasak”, dihadiri oleh panel jemputan iaitu , Encik Mohd Ayob bin Rahmat, Pegawai Unit Rakan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Selangor, Encik Mohd Faizol Fuad bin Mohd Sallehan sekalu Pengerusi SKUAD Antidadah Hulu Selangor yang juga pelumba motocross dan saudari Nur Arisna binti Bahrin, pelumba motocross wanita.
Antara maklumat dan perkongsian yang disampaikan adalah pengalaman dua orang pelumba motocross dari awal menceburi sukan permotoran lasak sehingga berjaya memenangi perlumbaan di dalam kategori masing-masing. Selain itu, Pihak PBSD Hulu Selangor merancang untuk memasukkan Sukan Permotoran Lasak sebagai 1 komponen rekreasi fizikal dalam melangkapkan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dengan kerjasama Persatuan Belia (MBFM) Felda Soeharto.
Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 608
