HULU LANGAT, 22 MAC 2021 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) telah mengikuti promosi Skim Perantisan Nasional (SPN) oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Hasnata bin Hasan yang bersiaran secara langsung stesen radio Selangor FM.
Skim Perantisan Nasional merupakan satu program di bawah inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia khusus untuk melonjakkan kebolehpasaran dan menyediakan peluang latihan serta pekerjaan untuk belia pasca Covid-19.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 376
