SHAH ALAM, 8 APRIL 2021 – Selesai sudah sesi temuduga buat Saudara Mohd Hisyam Sah Nuddin yang merupakan salah seorang calon Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor bagi daerah Gombak.
Beliau berkongsikan sedikit pengalaman beliau ditemuduga seperti berikut, “Saya sebagai antara calon APBN mewakili daerah Gombak, barisan panel penemuduga yang terdiri daripada Wakil Akademik, Wakil Belia dan Sukan telah mengutarakan soalan berkenaan kadar penglibatan saya selaku calon di dalam kepimpinan belia”.
“Ini merupakan kali kedua saya dicalonkan mewakili daerah Gombak. Pastinya setiap pencalonan anugerah ada menang dan ada yang kalah itulah adat. Kerana Kalah itu pasti, Menang itu keajaiban. Apa pun, kita seharusnya terus laksanakan program-program belia yang mempunyai impak kepada pembangunan belia di negara ini dengan mengambil kira Faktor 5P dalam setiap program yang dilaksanakan iaitu Product, Process, People, Planet, Prosperity”, Saudara Hisyam berkongsikan harapan beliau pada penyertaan kali ini.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 322
