21 Julai 2025, Rabu – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL), Encik Sabran bin Abd Bahar telah melakukan pemeriksaan mengejut ke Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Kepong/Segambut pada jam 12.00 tengah hari. Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan tertinggi bagi menilai tahap penyelenggaraan, keberkesanan pengurusan pejabat serta pelaksanaan program-program belia dan sukan di peringkat akar umbi.
Sepanjang pemeriksaan, beliau meneliti aspek pengurusan pejabat, dokumentasi program, serta penyampaian perkhidmatan kepada komuniti setempat. Encik Sabran turut memberikan beberapa teguran membina dan penambahbaikan kepada pegawai bertugas demi memastikan perkhidmatan PBSK terus cemerlang dan selaras dengan hala tuju Kementerian Belia dan Sukan. Pemeriksaan mengejut ini turut menjadi pemangkin kepada motivasi pegawai dalam memastikan integriti dan prestasi kerja sentiasa berada pada tahap terbaik.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 47