SUMMER CAMP RAKAN MUDA KEPONG/SEGAMBUT 2025 – SLOT 3: PERKONGSIAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF) & AKTIVITI SANTAI DALAM KUMPULAN


18 Julai 2025, Jumaat – Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Kawasan Kepong/Segambut 2025 diteruskan dengan Slot 3 yang menampilkan sesi perkongsian daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Ceramah disampaikan oleh En. Emran bin Mohd Shah, Setiausaha MCPF Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Daerah Cheras, yang berkongsi tentang objektif penubuhan MCPF, peranan serta pelbagai inisiatif pencegahan jenayah yang dijalankan, khususnya berkaitan kes jenayah kecil dan besar yang melibatkan golongan belia.

Slot ini menekankan peranan belia sebagai ejen perubahan dalam membudayakan amalan mencegah jenayah bermula dari komuniti. Peserta didedahkan dengan langkah-langkah proaktif untuk mengenal pasti, mencegah dan melaporkan sebarang aktiviti jenayah. Pada sebelah malam, suasana lebih santai apabila peserta terlibat dalam aktiviti kumpulan seperti sorakan kreatif dan uji minda. Aktiviti ini berjaya memupuk semangat kerjasama, mengasah kreativiti dan merapatkan hubungan antara peserta dalam suasana yang menyeronokkan.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 09:24:47

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search