Perkembangan dunia ICT memberikan impak yang begitu luas, oleh yang demikian, melalui inisiatif tersebut Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mewujudkan laman ini agar dapat menjadi medium kepada penyaluran maklumat khususnya berkaitan dengan aktiviti dan perkembangan jabatan dengan lebin cepat dan berkesan. Penekanan dan keutaman kerajaan terhadap kepentingan penggunaan teknologi dan komunikasi (ICT) sebagai cabang ilmu dan sumber teknologi untuk kemajuan dan negara.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengharapkan langkah ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa agar menjadi satu kesinambungan dan budaya kepada semua lapisan masyarakat sama ada di kota mahupun desa. Segala sumbangan dari segi maklumat dan gambar yang diberikan dari setiap unit, bahagian mahupun kawasan di Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amat dialu-alukan agar dapat dikongsi bersama.
Akhir kata, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang unggul serta efisien dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat dengan menjalankan tugas secara berintegriti dan akauntabiliti untuk mengharumkan nama jabatan demi kepentingan, agama, bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.
Tuan Sabran bin Abd Bahar
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17