- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 48
SUMMER CAMP RAKAN MUDA KAWASAN KEPONG/SEGAMBUT 2025 – SLOT 5: CABARAN AKTIVITI LASAK ABSEILING & PENJELAJAHAN HUTAN UJI KETAHANAN DIRI PESERTA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 48
19 Julai 2025, Sabtu – Slot 5 Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Kawasan Kepong/Segambut 2025 diteruskan dengan aktiviti lasak yang mencabar fizikal dan mental peserta. Aktiviti abseiling menjadi pembuka tirai cabaran, di mana peserta diberi tunjuk ajar asas keselamatan dan teknik menuruni tebing secara berkumpulan, sebelum mereka menguji keberanian masing-masing melawan rasa gayat.
Selesai abseiling, peserta meneruskan penjelajahan lasak yang melibatkan aktiviti menyusuri sungai dan laluan hutan yang mencabar. Aktiviti ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah memupuk semangat setiakawan, fokus dan kerja berpasukan dalam kalangan peserta. Pengalaman ini turut memberikan pendedahan sebenar kepada alam sekitar serta nilai-nilai kepimpinan dalam suasana luar bilik darjah.