PERSIDANGAN MPBN TITIWANGSA 2025 ANGKAT SUARA BELIA SETEMPAT, GARAP USUL STRATEGIK DEMI MASA DEPAN BELIA.


17 Julai 2025 | KAMPONG BHARU – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Kawasan Titiwangsa 2025 yang berlangsung petang tadi di Tamu Hotel Kampong Bharu telah menghimpunkan pemimpin-pemimpin belia, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta pemegang taruh utama dalam satu sidang strategik penuh bermakna bagi memperkasa suara belia komuniti kota.

Dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, persidangan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MPBN Titiwangsa merangkap Pengurus Cawangan DBKL Titiwangsa, Puan Nur Jalilah binti Md Joha. Turut hadir ialah barisan ahli majlis yang dilantik, serta wakil-wakil daripada agensi penting termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur (JBSKL), Perbadanan KAMPONG Bharu, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Lima usul penting telah diketengahkan oleh Majlis Belia Kawasan Titiwangsa (MBKT) bagi dibahas dan disepakati secara kolektif demi memacu pembangunan belia yang lebih tersusun dan bersabar iaitu permohonan ruang pejabat, Transformasi Padang Sintetik, Pemerkasaan Kawasan Parlimen: Autonomi Program Belia Mengikut Zon Demografi dan Jaringan Strategik bersama PDRM.

Dalam ucapan penggulungannya, Pengerusi MBK Titiwangsa menegaskan bahawa kelima-lima usul tersebut lahir daripada suara akar umbi belia yang mahu lebih diberi perhatian, ruang dan pengiktirafan dalam pembangunan negara. Beliau menambah bahawa MPBN bukan sekadar wadah perbincangan, tetapi medan tindakan yang nyata untuk memperjuangkan isu sebenar belia masa kini.

Turut hadir sebagai Pemerhati persidangan, Encik Mohd Nor bin Ibrahim dari Pejabat Parlimen Titiwangsa dan Saudara Khairul Rizam bin Dato’ Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan( MBWP) . Persidangan ini mencerminkan iltizam kolektif pelbagai pihak dalam menjayakan agenda Malaysia Madani melalui pemberdayaan belia secara menyeluruh, tersusun dan penuh hikmah.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 09:24:47

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search