PADU! KONTINJEN TITIWANGSA & SETIAWANGSA MERIAHKAN LIGA SUKAN KOMUNITI WP KUALA LUMPUR 2025


Kuala Lumpur, 12 Julai 2025 – Semangat kesukanan dan perpaduan jelas terpancar apabila Kontinjen Titiwangsa dan Setiawangsa turun padang memeriahkan Liga Sukan Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 yang berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur, Setapak.

Sebanyak 6 pasukan telah dihantar mewakili kedua-dua kawasan tersebut, dengan pecahan 2 pasukan bola jaring, 2 pasukan ping pong, dan 2 pasukan sepak takraw.
Dalam kejohanan ini, ketiga-tiga acara berjaya melangkah ke peringkat suku akhir, satu pencapaian membanggakan bagi kontinjen.

Encik Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa & Setiawangsa turut hadir bagi memberikan sokongan moral kepada para peserta. Turut hadir bersama ialah wakil daripada Majlis Belia Kawasan (MBK) Titiwangsa, yang sama-sama memberi semangat kepada atlet komuniti yang bertanding.

Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa & Setiawangsa merakamkan ucapan penghargaan kepada Majlis Belia Kawasan Titiwangsa yang telah menjadi penaja jersi kontinjen kali ini. Sumbangan ini bukan sahaja menyuntik semangat kepada atlet, malah menjadi simbol sokongan padu terhadap pembangunan sukan di peringkat komuniti.
Program seperti ini diharap dapat terus memupuk semangat kesukanan, memperkukuh perpaduan komuniti dan melahirkan lebih ramai bakat sukan dari peringkat akar umbi di masa hadapan.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 09:24:47

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search