- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 69
“MISI TINJAUAN LOKASI PROGRAM SUMMER CAMP 2025, SASAR PENGALAMAN LUAR BIASA BUAT BELIA”
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 69
Hulu Langat, 22 Julai 2025 - Bagi memastikan kelancaran dan kesediaan fasiliti bagi Program Summer Camp Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, satu lawatan tapak telah diadakan pada 22 Julai 2025 bertempat di Yeob Village, Hulu Langat, lokasi rasmi penganjuran program tersebut.
Lawatan ini melibatkan penyertaan wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, pihak urus setia program serta beberapa penggerak belia tempatan. Objektif utama lawatan adalah untuk menilai aspek keselamatan, keselesaan tempat penginapan, kemudahan asas serta persekitaran lokasi bagi memastikan ia sesuai digunakan sepanjang tempoh program nanti.
Program Summer Camp ini dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 14 September 2025, melibatkan seramai 40 orang peserta berumur antara 15 hingga 30 tahun. Antara aktiviti yang dirancang termasuklah latihan kepimpinan, team building, aktiviti luar (outdoor), eksplorasi alam sekitar, serta modul pembentukan sahsiah diri berteraskan gaya hidup belia Rakan Muda.
Menurut penyelaras program, Yeob Village dipilih sebagai lokasi penganjuran kerana persekitarannya yang tenang, kaya dengan elemen semulajadi dan mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang unik serta bermanfaat kepada para peserta.
Program ini dijangka menjadi platform yang efektif dalam merapatkan hubungan sesama belia kawasan Titiwangsa dan Setiawangsa di samping memupuk nilai tanggungjawab, jati diri dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.