SUMMER CAMP RAKAN MUDA KEPONG/SEGAMBUT 2025 – SLOT 6: MINI EXPLORACE & PERBINCANGAN MALAM KEBUDAYAAN


19 Julai 2025, Sabtu – Slot keenam Program Summer Camp Rakan Muda Kepong/Segambut 2025 dimeriahkan dengan aktiviti Mini Explorace yang menguji kerjasama, ketangkasan dan pengetahuan para peserta. Aktiviti ini telah diadakan di sekitar kawasan kem dengan beberapa checkpoint mencabar yang memerlukan peserta berfikir di dengan kreatif atau secara di luar kotak.

Selesai sesi explorace, peserta berkumpul bagi menjalani perbincangan dan latihan awal bagi Persembahan Malam Kebudayaan yang bakal berlangsung pada malam terakhir program. Setiap kumpulan diberi ruang untuk membentangkan idea kreatif masing-masing termasuk persembahan tarian dan nyanyian berunsur budaya tempatan. Slot ini bukan sahaja mengasah bakat peserta, malah membentuk semangat kerja berpasukan dan apresiasi terhadap seni serta kepelbagaian budaya.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 09:24:47

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search