- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 42
SUMMER CAMP RAKAN MUDA KEPONG/SEGAMBUT 2025 – SLOT 7: PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN & AKTIVITI INTERAKTIF
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 42
19 Julai 2025, Sabtu – Malam terakhir Program Summer Camp Rakan Muda Kepong/Segambut 2025 diserikan dengan Slot 7 yang penuh warna-warni menerusi Persembahan Malam Kebudayaan. Sebanyak empat kumpulan peserta tampil mempersembahkan hasil kreativiti masing-masing yang merangkumi pelbagai elemen kebudayaan seperti tarian tradisional, dikir barat dan lakonan berunsur nasihat.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Sabran bin Abd Bahar yang turut menyaksikan persembahan para peserta serta memberikan kata-kata semangat. Selain persembahan, malam tersebut diisi dengan aktiviti interaktif bersama jurulatih yang menarik dan memberi impak besar dalam meningkatkan tahap pemahaman peserta secara bertahap dan mendalam. Suasana malam ditutup dengan penuh semangat dan keceriaan, mencerminkan kejayaan keseluruhan program.