- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 43
SUMMER CAMP RAKAN MUDA KEPONG/SEGAMBUT 2025 – SLOT 4: RIADAH PAGI DAN MINI GAME MERIAHKAN HARI PESERTA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 43
19 Julai 2025, Sabtu – Hari kedua Program Summer Camp Rakan Muda Kepong/Segambut 2025 dimulakan dengan aktiviti riadah pagi yang disusuli pelbagai mini game menarik. Aktiviti santai ini bertujuan menyegarkan badan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta. Antara mini game yang mencuri tumpuan termasuk permainan berkonsepkan kerjasama dan kepantasan, yang mencetuskan keceriaan serta gelak tawa dalam kalangan peserta dan fasilitator.
Slot 4 ini bukan sahaja menguji kecergasan fizikal dan ketangkasan, malah mengasah keupayaan peserta membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Cuaca pagi yang cerah turut menyumbang kepada suasana meriah serta penglibatan aktif semua peserta sepanjang sesi berlangsung.