SRI AMAN, 27 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah dijemput untuk merasmikan KEJOHANAN PINGPONG BERPASUKAN PERPADUAN 4 PENJURU (SRI AMAN, LUBOK ANTU, BETOND dan SARATOK
Kejohanan ini dianjurkan oleh KELAB PINGPONG SRI BENAK iaitu kelab yang berdaftar dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS). Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Mohd Israk Ismail, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
SRI AMAN, 26 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sri Aman telah dijemput untuk hadir dan merasmikan pertandingan "Simanggang Darters Sri Aman Double Darts Tournament 2025 (Sarawak Close) yang dianjurkan oleh Kelab Baling Damak Serumpun.
Seramai 86 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini turut mendapat penyertaan dari bahagian luar seperi Limbang, Kapit, Sibu dan Kuching.
Kejohanan bermula pada 26 hingga 27 april 2025, hadir merasmikan program tersebut, Encik Mohd Israk bin Ismail mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #IhsanMADANI #HarungiBersama #teampbsbSri Aman
SRI AMAN. 21 APRIL 2025 - Setelah berkampung selama 2 hari di Kompleks Sukan Lubok Antu, Kejohanan 9 Sebelah Croc Challenge, Piala YB Tuan Roy Angau Gingkoi, Ahli Parlimen P.203 Lubok Antu, anjuran Croc Legacy Football Club bersama dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan Pusat Khidmat P.203 Lubok Antu melabuhkan tirai pada 19/4/2025.
Kejohanan ini menyaksikan dimana pasukan Rimong Crocs Sri Aman menjuari kejohanan ini dengan mengalahkan pasukan Belia Engkilili FC dengan jaringan 1-0 dengan gol dijaringkan oleh Al-Hafiz sekaligus membawa pulang pingat, piala dan wang tunai sebanyak RM1200. Pasukan Belia Engkilili berada di tempat kedua membawa pulang, pingat dan wang tunai sebanyak RM 700. Dan di kedudukan ketiga bersama, pasukan Fuhai FT dan Hermanos FC membawa pulang wang tunai RM300. Penyampaian hadiah disempurnkan oleh Tuan Zainie Aji, Pegawai Pusat Khidmat Parlimen P.203 Lubok Antu.
Pihak kelab ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kesemua 12 pasukan yang memberi tandingan yang hebat dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlansung. Tidak lupa juga kepada YB Tuan Roy Angau Gingkoi, Ahli Parlimen P.203 Lubok Antu dan Pengarah ,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Lamat Nyalau atas sokongan dan dukungan yang diberikan sepanjang kejohanan berlansung.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #IhsanMADANI #HarungiBersama #teampbsbSri Aman
BETONG, 30 April 2025 - Kursus Perakaunan Terimaan 2025 anjuran Bahagian Akaun Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan pada 28-29 April 2025 bertempat di Jabatan Akauntan Negeri Sabah.
Objektif kursus ini adalah memberi pendedahan kepada pegawai mengenai SPANM 3/2025- Tatacara Pengurusan Terimaan dan SPANM 4/2024 - Tatacara Pengurusan Penetapan Kuasa dan tugas Pengawai Pengawal dibawah PTJ kawalan (AP11) oleh penceramah dari Bahagian Akaun dan Kewangan KBS.
Kursus ini turut dihadiri oleh Puan Norfatihah binti Moh Pembantu Tadbir (P/O)dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Kursus diadakan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dalam pengurusan Kewangan mengikut surat pekeliling yang terkini dilaksanakan di setiap PTJ Jabatan Belia dan Sukan
SRI AMAN, 12 APRIL 2025 – Seramai 123 orang jaguh Baling Damak dari seleuruh Negeri Sarawak hadir di kejohanan ini bagi merebut hadiah yang telah ditawarkan. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sri Aman telah dijemput untuk hadir dan merasmikan pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Crock 28 Dart Club Sri Aman, Sarawak.
Kejohanan bermula pada 12 hingga 13 april 2025, hadir merasmikan program tersebut, Encik Mohd Israk Ismail mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #IhsanMADANI #HarungiBersama #teampbsbSri Aman
PEMERIKSAAN ASET UNTUK PELUPUSAN Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 30 APRIL 2025 – Hari ini, pejabat telah menerima kunjungan Puan Kasmawati Rahman dan Encik Karen Louise Desem, pegawai dari Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Sarawak untuk melakukan pemeriksaan aset untuk pelupusan iaitu pemeriksaan ke atas satu unit komputer meja.
Tujuan pemeriksaan aset untuk pelupusan adalah untuk memastikan bahawa aset yang dicadangkan untuk dilupuskan benar-benar tidak lagi sesuai digunakan, tidak ekonomik untuk dibaiki, atau telah mencapai akhir jangka hayatnya. Antara tujuan utama termasuk menilai keadaan fizikal aset, mengesahkan status penggunaan sama ada aset tersebut tidak lagi digunakan atau tidak diperlukan oleh jabatan, menentukan nilai sisa/nilai pasaran atau hanya sesuai untuk dilupuskan, memastikan pematuhan prosedur; supaya pelupusan dilakukan mengikut peraturan kewangan dan garis panduan kerajaan atau organisasi.
SIHAT SEPANJANG HAYAT Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 30 APRIL 2025 – Seramai empat orang pegawai dan kakitangan PBSB Kuching turut menyertai Program Biggest Loser Peringkat Negeri Sarawak anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Seramai 213 peserta telah berjaya melepasi saringan/ timbangan awal dan pertandingan ini akan diadakan dalam tempoh 4 bulan bermula pada hari ini secara rasminya.
Program Biggest Loser ini diharapkan dapat membantu para peserta menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan melalui pemakanan seimbang, senaman terancang, dan perubahan gaya hidup secara menyeluruh. Selain itu, ianya memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa penurunan berat badan boleh dicapai melalui usaha yang berterusan dan sokongan yang betul. Rakyat Malaysia amnya digalakkan untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat serta menjalani kehidupan dengan gembira dan harmoni.
BETONG, 30 April 2025 - Satu sesi Perbincangan mengenai pelaksanaan Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Tahun 2025 Peringkat Bahagian Betong telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong pada 29 April 2025.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kehadiran jemputan dari Layar Hills Sepak Takraw Club dan Mixter Netball Club sebagai rakan strategik pelaksanaan program LSK Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025.
Perbincangan ini diadakan sebagai persediaan awal bagi memastikan kelancaran penganjuran program yang dijadualkan pada 14-15 Jun 2025. Pihak pejabat mengharapkan penyertaan ramai daripada penduduk setempat agar kejohanan ini menjadi platform perpaduan dan gaya hidup sihat.
MIRI, 30 APRIL 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan hormat Puan Normala binti Razali, Pegawai Pendaftar Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak (ROY), semalam.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi melalui program akan datang. PBSB Miri yang diwakili oleh Puan Stephanie Wendy anak Stamford dari Unit Pembangunan Belia turut serta dalam lawatan tapak program Bicara Transisi Belia Peringkat Negeri Sarawak yang akan dilaksanakan di Miri pada tahun ini.
PBSB Miri mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan tersebut dan semoga dengan kunjungan hormat ini menyimpul jalinan hubungan baik dan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak dalam pada masa akan datang.