
- JBS Sarawak
- Hits: 3
KEM BELIA KEMUYANG TURUT BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN KEM BELIA 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SIBU
- JBS Sarawak
- Hits: 3
Disediakan oleh: Nfk, JBSN Sarawak
10 Sept 2025, Sibu – Program Kem Belia 2025 Bahagian Sibu telah selesai dilaksanakan pada 22 hingga 24 Ogos 2025 yang lalu bertempat di Kem Belia Kemuyang Sibu. Program 3 hari 2 malam itu disertai oleh 60 orang peserta belia turut dijayakan dengan kerjasama pihak Kem Belia Kemuyang sebagai salah sebuah rakan kerjasama program. Satu sesi penyerahan surat dan sijil penghargaan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kem Belia Kemuyang Sibu atas kerjasama dan penglibatan dalam menjayakan Kem Belia 2025 Peringkat Bahagian Sibu telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu kepada Encik Faizal Bin Ali, Pengetua Kem Belia Kemuyang. Semoga talian kerjasama dan ukhuwah yang terjalin ini akan terus berterusan di masa akan datang.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#TeamKBS
#MalaysiaMadani