
- JBS Sarawak
- Hits: 33
PROGRAM MALAYSIA AKTIF KOMUNITI MUKAH CAPAI SASARAN BERGANDA
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 10 SEPTEMBER 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Peringkat Bahagian Mukah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Arena Seberang itu diadakan di Dataran Pehin Setia Raja setiap hari Rabu, bermula jam 5.15 hingga 6.30 petang.
Penolong Pegawai Belia dan Sukan Mukah, Mohamad Arbi Rosli berkata, terdapat 12 siri untuk pelaksanaan program tersebut. “Kini, kita sudah selesai siri ke-8 dan penyertaan amat menggalakkan daripada penduduk sekitar. “Sasaran 50 orang yang menyertai tetapi Alhamdulillah, pada setiap siri penyertaan melebihi 100 orang,” katanya kepada Suara Sarawak baru-baru ini semasa ditemuduga pihak media berkenaan program tersebut. Selain itu, beliau memaklumkan kepada media aktiviti berimpak tinggi seperti ini perlu diteruskan pada masa mendatang.
Menyentuh mengenai objektif program, ia adalah untuk memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara hingga ke peringkat komuniti akar umbi melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat daripada aspek kesihatan dan perpaduan. Di samping itu, pelaksanaan Program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi semua lapisan masyarakat. Tambah Arbi, ia juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas.