
- JBS Sarawak
- Hits: 3
MENYAMBUT KETIBAAN YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA BAGI PROGRAM KJOM 2.0 DI ZON BORNEO, SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 3
Disediakan oleh: Afif, JBSN Srawak
Sibu, 11 September 2025 – YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Sibu, Sarawak pagi tadi bagi menghadiri Program Kembara Jelajah Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Borneo yang berlangsung di Sarikei. Ketibaan beliau disambut oleh Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Program KJOM 2.0 ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang memberi fokus kepada pembangunan belia, penglibatan komuniti serta merapatkan hubungan antara pemimpin dengan golongan muda di peringkat akar umbi. Kehadiran YB Timbalan Menteri mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan agenda belia khususnya di negeri Sarawak.
#JBSNBersama
#PBSBSibu
#MalaysiaMadani
#TeamKBS