
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Persiapan HSN2025 Peringkat Bahagian Kuching
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Persiapan HSN2025 Peringkat Bahagian Kuching
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 10 September 2025 – Pada 2 September 2025 yang lepas, pihak PBSB Kuching telah membuat kunjungan hormat kepada YBrs. Puan Dayang Hajah Joanita Azizah Abang Haji Morshidi, Residen Bahagian Kuching bagi membincangkan pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN2025) Peringkat Bahagian Kuching. Secara rasminya beliau telah bersetuju untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pelaksanaan HSN2025 ini. HSN2025 Peringkat Bahagian Kuching akan diadakan pada 18 Oktober 2025 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Beberapa perkara turut dibincangkan semasa sesi perjumpaan ini, termasuklah pemilihan tempat, cadangan tarikh mesyuarat penyelarasan program, pemilihan jabatan/agensi/NGO’s yang akan terlibat serta cadangan VIP yang akan membuat perasmian HSN2025 ini nanti. Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Puan Ratmawati Haji Sabil, Pegawai Tadbir di Pejabat Residen Bahagian Kuching.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#HSN2025
#YakinBoleh!
#RakanAktif