TAKLIMAT ENUMERATOR OLEH PIHAK IYRES KBS

TAKLIMAT ENUMERATOR OLEH PIHAK IYRES KBS

Disediakan oleh: Nfk, JBSN Sarawak

11 Sept 2025, Sibu – Rombongan pihak IYRES KBS yang diketuai oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan 2 dan pegawai penyelidik terdiri daripada Cik Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor, Encik Azamuddin Hashim, Encik Saifful Hassan, Cik Nur Pesona Kamarudin dan Puan Aryma Johari telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu bagi Sesi Training of Trainers (TOT) kepada calon-calon enumerator berkaitan Projek Pengumpulan Profil Belia NEET-KJOM bagi Negeri Sarawak. Seramai 5 orang belia yang berminat menjadi enumerator pada edisi kali ini telah hadir ke sesi taklimat ini. Sesi TOT ini bertujuan untuk memberi penerangan, pendedahan dan kefahaman berhubung skop tugas enumerator di sepanjang melakukan proses pengumpulan data bagi kajian ini. Sasaran respondan bagi setiap enumerator ini adalah seramai 20 orang dalam kategori belia berumur 18-24 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan, tidak berada di institusi pengajian dan latihan. Projek ini adalah bersempena dengan program KJOM 2.0 Zon Borneo yang sedang berlangsung sehingga 13 September 2025 ini di Pakan, Sarikei.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#TeamKBS

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search