- JBS Sarawak
- Hits: 258
TAKLIMAT PELAKSANAAN MyGPKI ROAMING ONE TIME PASSWORD (OTP) DALAM SISTEM ePEROLEHAN DAN IGFMAS SECARA DALAM TALIAN SIRI 2 TAHUN 2025
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 16 JANUARI 2025 – Taklimat pelaksanaan MyGPKI Roaming One Time Password (OTP) dalam sistem ePerolehan dan Igfmas secara dalam talian siri 2 tahun 2025 anjuran Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 15 Januari 2025 secara atas talian. Jabatan Digital Negara telah memperkenalkan MyGPKI Roaming OTP untuk menangani cabaran keselamatan digital yang semakin berkembang dan seterusnya memudahkan pengurusan pengesahan digital pengguna.
Sistem ePerolehan akan melaksanakan MyGPKI Roaming OTP mulai tahun 2025 menerusi fungsi tandatangan digital menggunakan Application Programming Interface MyGPKI baharu yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Digital Negara. Encik Mohammad Arbi bin Rosli dan Puan Noorlina binti Mirais telah menghadiri taklimat tersebut mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 258
