
- JBS Sarawak
- Hits: 21
KURSUS ASAS DAN TATACARA MENYELAMAT DI PERMUKAAN AIR PROGRAM RAKAN MUDA : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI 2025.
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh : Zulfadhli Leonardo, JBSN Sarawak
SARIKEI, 13 September 2025 : Bagi merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai -nilai kesukarelawan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei telah melaksanakan Kursus Asas Dan Tatacara Menyelamat di Permukaan Air bertempat di Kompleks Kolam Renang Sarikei.
Program tersebut diketuai oleh PBK I Hilary Anak Pitre Ambit bersama 3 orang anggota serta ibu bapa / pengiring peserta dalam menjayakan program tersebut. Semoga dengan penganjuran program ini dapat memberi impak yang positif serta proaktif dalam membantu masyarakat setempat dalam memperkasakan komuniti setempat khususnya bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d