
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Jalinan Strategik Kunci Pelaksanaan Yang Lancar
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 11 SEPTEMBER 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak akan berganding bahu dengan Pejabat Daerah Sebauh dan Persatuan Memanah Tradisional Bahagian Bintulu untuk menjayakan program Karnival Sukan Komuniti Luar Bandar 2025 Peringkat Negeri Sarawak. Program yang akan dilaksanakan pada 4 Oktober 2025 di Rh. Tan, Sungai Sebungan Sebuah ini akan mempertandingakan lima acara wajib iaitu Sepak Takraw, Memanah, Menyumpit, Batak Lampung, dan Terompah Gergasi serta turut menganjurkan acara pilihan iaitu sukaneka kanak – kanak dan senamrobik. Lima acara wajib ini menawarkan hadiah wang tunai manakala sukaneka akan menawarkan hadiah berupa hamper.
Perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Penyelarasan Program yang dipengerusikan bersama oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Encik Thadeus Ling Anak Bartholomew Allu, Pegawai Daerah Sebauh pada 10 Sepetember yang lalu di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Sebauh. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah wakil dari agensi kerajaan, pihak swasta dan NGO.
Dalam mesyuarat tersebut, pengerusi menyatakan harapan beliau agara program ini dapat menggalakkan amalan bersukan dan meningkatkan kesihatan komuniti setempat selain menyerlahkan potensi belia luar bandar dalam kepimpinan dan bakat sukan serta kemahiran penganjuran program.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama