
- JBS Sarawak
- Hits: 19
KUNJUNGAN YB TIMBALAN MENTERI BELIA & SUKAN KE TAPAK GLAMPING
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan Oleh : M. Johari, JBSNSarawak
PAKAN, 11 September 2025: Bersempena dengan program Kembara Jumpa Orang Muda Zon Borneo 2.0, satu aktiviti glamping telah diadakan di Gelanggang Futsal Nyalak Ladong, Pakan. Aktiviti ini turut disertai oleh Kelab Sukan Rekreasi Gerigat Bangkit, Duton Mountaineering Club dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang glamping seperti Jom memasak makanan ala rimba berasaskan buluh, Jom memasak essam (makanan tradisional bidayuh, serta demo ikatan, simpulan dan gajet Pengakap oleh dua orang Ahli Pengakap Raja Daerah Sarikei iaitu Sdr. Naim Shauqi Abdullah dan Sdr. Chairul Azlan bin M. Johari.
Aktiviti ini telah menerima kunjungan spontan daripada YB Tuan Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBrs Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#pbs6d