LATIHAN KEMAHIRAN ASAS KEPADA BELIA MENERUSI PROGRAM SKILL FOR LIFE @ PARLIMEN BAHAGIAN SIBU 2025

LATIHAN KEMAHIRAN ASAS KEPADA BELIA MENERUSI PROGRAM SKILL FOR LIFE @ PARLIMEN BAHAGIAN SIBU 2025

Disediakan oleh: Nfk, JBSN Sarawak

10 Sept 2025, Sibu – Satu perbincangan ringkas oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu yang diwakili oleh Pegawai Belia dan Sukan bersama pensyarah Bidang Hospitaliti Kolej Vokasional Sibu (KVS) yang diwakili oleh Pn. Nur Zunnurain Binti Mohd Zain, Ketua Program Kosmetologi telah diadakan di KVS bagi membincangkan latihan kemahiran asas yang akan ditawarkan kepada para belia di sekitar Parlimen Lanang, Sibu, Kanowit dan Selangau menerusi kursus latihan kemahiran jangka pendek dengan berkonsepkan Do-It-Yourself yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta mampu menjana pendapatan sampingan kepada peserta. Program yang diberi nama Skill For Life ini akan dilaksanakan sekitar bulan Oktober 2025 nanti dengan menawarkan aktiviti-aktiviti kemahiran yang menarik secara percuma kepada belia berumur antara 15 hingga 30 tahun antaranya kemahiran solekan (Makeup Basic to Advanced), Foot Spa Massage dan Bidang Bakeri.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#rakanmuda

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search