BINTULU, 30 APRIL 2025 - Satu kursus iFGMAS modul material management + accounts payable telah dihadiri Puan Everlyn Anak Morgan, Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu yang telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Bilik Latihan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Bintulu.
Pengisian kursus itu lebih kepada pengurusan arahan pembayaran dengan pesanan kerajaan (Bekalan Dan Perkhidmatan / Inden Kerja / WPUA), pengurusan pembayaran dengan pesanan kerajaan (Kontrak-Bekalan Dan Perkhidmatan / Inden Kerja) serta pengurusan arahan pembayaran tanpa pesanan kerajaan.
Diakhir kursus ini pelbagai ilmu yang diberikan dan perlu dipraktikkan serta melahirkan seorang penjawat awam yang menjalankan tamanah dengan berintegriti dan telus serta efisien dalam membuat pengurusan pembayaran.
BINTULU, 30 APRIL 2025 – Pihak pejabat telah mengikuti Program Kecemerlangan Pengurusan Kewangan yang telah dihadiri oleh Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bersama Puan Diana Nuff Bt Abdel Aziz Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Dewan Kuliah 2A, UPM Kampus Bintulu.
Program ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada selasa sehingga khamis. Antara initpati program ini sebagai penjawat awam dan pegawai yang terlibat dalam proses perolehan kerajaan dapat memahami dari segi dasar, prinsip & kaedah dan tatacara perolehan, pengurusan & pentadbiuran kontrak, pengecualian daripada tatacara perolehan kerajaan, sistem eperolehan dan banyak lagi.
Dengan adanya program yang dianjurkan seperti ini dapat membantu pegawai yang terlibat secara langsung dalam perolehan kerajaan patuh dengan peraturan serta dasar kerajaan dan bijak dalam menguruskan pengursan kewangan dengan yang lebih cekap.
BINTULU, 28 APRIL 2025 - Satu Kejohanan Memanah Terbuka dan Kategori Remaja Terbuka Bintulu Tahun 2025 yang dianjurkan Oleh Persatuan Memanah Bintulu. Majlis penyampaian geran Dana Sukan Komunti (DSK) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Alan Ling Sie Kiong, Ahli Lembaga MSN kepada Presiden Persatuan Memanah Bintulu bertempat di Stadium Bintulu sabtu lepas.
Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada jumaat sehingga ahad. Penyertaan peserta kejohanan kali ini melibatkan penyertaan peserta dari negeri Sabah, dan negara jiran iaitu Brunei. Kejohanan ini mendapat sambutan yang sangat baik dalam melahirkan pelapis atlet memanah negara kita khususnya.
Dalam majlis tersebut, Tuan Alan turut berkesempatan bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi memanah kategori lelaki terbuka.
SAMARAHAN, 29 April 2025 (Selasa) - Perbincangan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Samarahan 2025 telah diadakan di SMK Laila Taib Asajaya bersama Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu Mahathir Bin Thani. Perbincangan tersebut bertujuan untuk menerangkan berkaitan tujuan dan objektif program tersebut dilaksanakan. Disamping itu, pengisian program tersebut turut dibincangkan merangkumi 13 segmen yang wajip dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut seperti Port Makan-makan, Port Gaya & Trend, Port Jana Duit, Port seni, Port Healing, Port Gaming, Port Transisi, Port FYP, Port Santai Janji Sampai, Port Fit Malaysia, Pavilion Rakan Muda dan Pavilion Majlis Belia Bahagian.
Perbincangan ini turut dihadiri oleh Encik Abu Bin Amir dan Puan Noliati Binti Li mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan. Diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
SAMARAHAN, 27 April 2025 (Ahad) - Samarahan Bridge Half Marathon 2025 berjaya menarik lebih 842 peserta dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkenalkan mercu tanda permulaan pembangunan daerah tersebut iaitu Jambatan Kota Samarahan.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, program itu bukan sahaja menjadi platform kepada belia untuk mengisi minat terhadap sukan larian, malah turut memperkenalkan Kota Samarahan kepada peserta luar. Program tersebut melibatkan tiga kategori larian iaitu 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer.
Majlis Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan turut hadir Encik Mohamad Irwan bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan, Encik Abu Bin Amir, Wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
SAMARAHAN, 28 April 2025 (Isnin) – Sempena penutup bulan Syawal 1446H, Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Sarawak (JPPBGPS) Bahagian Samarahan telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang berlangsung meriah di kawasan parkir Wisma Persekutuan Kota Samarahan.
Majlis yang julung kali diadakan dengan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, merangkap Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan selaku Tetamu Kehormat.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Encik Mohamad Irwan bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan serta Encik Ahmad Bin Abdul Razak, Pegawai Daerah Samarahan.
Majlis ini juga menjadi simbolik peralihan kepimpinan JPPBGPS bagi sesi 2025/2026, di mana En. Mohd Asraf Bin Mohd Nor, Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat Bahagian Samarahan sebagai Pengerusi baharu, menggantikan En. Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, selaku mantan Pengerusi sesi 2024/2025.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang majlis, antaranya, Pertandingan Karaoke Solo dan Duet, Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Mengikat Kain Sampin (Sabok) dan Pertandingan Teka Lagu Raya.
Acara dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan pelbagai jabatan serta komuniti setempat, diselang-seli dengan suasana santai dan penuh semangat kekeluargaan. Majlis turut dikendalikan oleh dua pengacara acara, iaitu Puan Norliati Binti Li dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Encik Aizam dari Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Samarahan.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Syawal, malah mengukuhkan lagi hubungan antara agensi persekutuan di Bahagian Samarahan dalam suasana muhibah dan harmoni.
SAMARAHAN, 19 April 2025 (Sabtu) – Program IFitEr (IFit and Eat Right) terus mendapat sambutan menggalakkan apabila memasuki minggu kedua pelaksanaannya, dengan seramai 50 peserta hadir dengan semangat berkobar-kobar di lokasi program yang berlangsung di hadapan The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Wellness Hub Kota Samarahan, yang bertujuan memupuk kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat melalui aktiviti fizikal dan amalan pemakanan sihat.
Senaman diterajui oleh dua jurulatih bertauliah, Encik Sukiman Bin Adenan dan Puan Norliati Binti Li, masing-masing mewakili Kelab Kecergasan Kota Samarahan dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
Menariknya, Program IFitEr ini bukan sahaja dilaksanakan secara fizikal setiap Isnin dan Sabtu, malah turut diperluaskan secara dalam talian melalui V Challenge, di mana peserta digalakkan melakukan senaman secara kendiri di rumah atau di tempat masing-masing.
Kehadiran dan penglibatan aktif peserta membuktikan keberkesanan pendekatan hibrid ini dalam membudayakan kesihatan sebagai gaya hidup, selari dengan matlamat pembangunan komuniti aktif dan sejahtera.
KOTA SAMARAHAN, 7 April 2025 (Khamis) – Sebuah program senamrobik anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Samarahan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah berjaya diadakan di Dewan Serbaguna Polis Daerah Samarahan, bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Superintendan Damataries Lautin, yang baru sahaja dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Samarahan. Kehadiran beliau telah memberikan suntikan semangat kepada semua peserta dan menzahirkan sokongan penuh terhadap program berteraskan kesihatan ini.
Senamrobik diketuai oleh jurulatih bertauliah, Encik Sukiman Bin Adenan, yang juga merupakan Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan, dengan penglibatan aktif daripada pelbagai lapisan peserta. Turut hadir, Puan Norliati Binti Li mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif pembangunan komuniti yang aktif dan sihat.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara agensi keselamatan dan komuniti belia setempat, selari dengan hasrat untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dan perpaduan masyarakat.
SAMARAHAN, 6 April 2025 (Rabu) – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1446H/2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah berlangsung dengan penuh kemeriahan bertempat di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Bertemakan “Hari Raya Zaman Menseya (Zaman Dulu-dulu)”, majlis ini berjaya menyatukan warga jabatan dalam suasana penuh nostalgia dan kemesraan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Lamat Anak Nyalau, yang menyampaikan ucapan ringkas serta beramah mesra bersama kakitangan dan tetamu yang hadir.
Majlis diserikan dengan pelbagai juadah tradisional dan moden yang disediakan oleh semua cawangan – termasuk Bahagian Belia, Bahagian Sukan, serta Rakan Muda. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Bahagian Kuching turut menyumbang kepelbagaian minuman sejuk dan panas, menambah kemeriahan suasana sambutan hari raya tersebut.
Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan, malah menyemarakkan semangat kekitaan dalam suasana Hari Raya yang penuh bermakna.