LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DI WISMA PERSEKUTUAN BETONG 

Disediakan oleh : Azira A.Manan, JBSN Sarawak

BETONG, 25 November 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat Betong telah mengadakan latihan kebakaran hari ni bertempat di Wisma Persekutuan Betong yang mana melibatkan semua agensi serta orang awam yang berada di bangunan tersebut.

Latihan bermula pada jam 9.30 pagi selepas penggera kecemasan dibunyikan. Latihan ini bertujuan untuk memastikan setiap kakitangan memahami prosedur cara bertindak dengan tenang ketika berhadapan situasi cemas.

Ketua balai dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong, PPgB Muhammad Badrulamin bin Mohamad Fodzi turut memberikan taklimat ringkas mengenai langkah pencegahan kebakaran, cara penggunaan alat pemadam api serta memberikan rumusan keseluruhan mengenai latihan kebakaran tersebut termasuk perkara yang perlu diperbaiki. 

Terima kasih diucapkan kepada pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Betong atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#HarungiBersama
#JBSNSarawak
#pbsbbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search