Program Semarak Perpaduan Jubli Emas 50 Tahun Rukun Tetangga Peringkat Bahagian Mukah

Program Semarak Perpaduan Jubli Emas 50 Tahun Rukun Tetangga Peringkat Bahagian Mukah

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 26 NOVEMBER 2025 – Program Semarak Perpaduan sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Rukun Tetangga Peringkat Bahagian Mukah telah diadakan pada 15 November 2025 di Kingwood Resort, Mukah. Puan Noorlina Mirais mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah hadir bagi memenuhi undangan jemputan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Mukah. 

Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian. Hadir sama Tuan Haji Dirwana Haji Azool, Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak. Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang program tersebut antaranya persembahan kebudayaan daripada guru-guru, kanak-kanak dan rukun tetangga, penyampaian anugerah penghargaan, persembahan nyanyian, cabutan bertuah dan tarian poco-poco.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search