Sarikei, 26 Jun 2025 : Sesi Perbincangan dan Taklimat bagi pelaksanaan Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Sarikei 2025 telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat PBSB Sarikei. Turut hadir sesi perbincangan tersebut ialah Presiden KEMADAS bagi sukan Petanque, Setiausaha Persatuan Ping Pong Bahagian Sarikei, Pengerusi Kelab Catur bagi Sukan Snuker dan Memanah.
Penganjuran program 1000 Liga akan bermula pada 6 Julai hingga 27 Julai 2025. Diharapkan penyertaan pada tahun ini akan mendapat sambutan yang baik bagi program ini. Terima kasih kepada Persatuan dan Kelab yang terlibat kerana sudi meluangkan masa hadir ke perbincangan dan taklimat program tersebut.
BETONG, 30 JUN 2025 – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memberi peluang kepada pegawai belia dan sukan seluruh Malaysia untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Pelaksanaan Kerja Belia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Pelaksanaan pensijilan ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi keperluan tiga teras Dasar Belia Malaysia (DBM) iaitu Pembangunan Belia Positif (PYD), Dari Belia Untuk Belia serta Belia Sebagai Sumber dan Aset Negara. Ianya juga seiring dengan keperluan Pelan Tindakan KBS 2021 – 2025.
Untuk memenuhi keperluan tersebut, satu bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 6 Tahun 2025 Negeri Sarawak telah diadakan pada 18 hingga 20 Jun 2025 bertempat di Premier Hotel, Sibu. Lebih 40 orang peserta terdiri daripada pegawai belia dan sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian, Institut Kemahiran Belia Negara Miri serta pegawai kader yang berkhidmat di Kolej Komuniti Mas Gading, Kuching telah mengikuti bengkel ini.
Semua peserta telah diberi penjelasan dan pendedahan tentang kaedah pelaksanaan penyediaan dokumentasi mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ataupun NOSS yang telah ditetapkan oleh pihak JPK. Kesinambungan bengkel tersebut akan diadakan pada bulan September 2025 yang bertujuan untuk menyemak progres kerja-kerja pendokumentasian setiap peserta yang terlibat.
Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong yang turut menyertai bengkel ini ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Cik Azira bt A.Manan, Cik Jojo ak Tehan dan Encik Erwan Dzulfadli b Pasah.
BETONG, 30 JUN 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Cawangan Pembangunan Sosial mengadakan satu sesi taklimat berkenaan program Kem Belia @ Rakan Prihatin tahun 2025 telah dihadiri oleh pegawai-pegawai belia di Bahagian melalui platform atas talian google meet pada 24 Jun 2025 yang lepas yang telah disampaikan oleh Puan Khairunnisa binti Khayu, Penolong Pengarah Kanan.
Program ini merangkumi aktiviti indoor dan outdoor yang memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan belia mengenai bahaya sekiranya terjebak dalam gejala sosial dan aktiviti tidak sihat. Pengisian program ini melibatkan aktiviti kerohanian, latihan dalam kumpulan (LDK), slot kemahiran dan keusahawanan, perkongsian ilmu, kesedaran berkaitan kesihatan mental, motivasi dan aktiviti kecergasan.
Dalam taklimat tersebut juga menekankan kebijaksanaan para pegawai di bahagian dalam merancang perjalanan program dari segi persediaan tempat dan sebagainya.
28 JUN 2025, SIBU - Persatuan Tinju Bahagian Sibu telah menganjurkan Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Sibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 bermula pada 23 Jun 2025 sudah sampai ke penghujung iaitu bertempat di Dewan MUC Kampung Nangka, Sibu. Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Annuar Bin Rapaee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dan diiringi oleh En. Majidi Bin Omar, Presiden Persatuan Tinju Bahagian Sibu, Brigedier Jeneral Jafri Bin Sulaiman, Panglima 9 Briged, Superitenden Boniface Bajai, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, En. Rosli Bin Salim, Setiausaha Kehormat Persekutuan Tinju Malaysia dan Encik Terence Tan, Pembantu Belia Dan Sukan Bahagian Sibu wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Perlawanan masih diteruskan selepas selesai majlis penutupan tersebut. Semoga pasukan yang terlibat akan terus berjuang untuk memperoleh kemenangan. #gpskbs2025 #kbsmalaysia #rakanmuda
28 JUN 2025, SIBU - Kelab Karom Swan, Sibu telah menjemput Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu untuk menghadiri majlis perasmian Sibu Carrom Open Tournament 2025 pada jam 8:30 pagi bertempat di Tingkat 1, Pasaraya Swan Square, Sibu. Wakil dari Pegawai Belia dan Sukan iaitu Terence Tan, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menghadiri majlis tersebut. Pertandingan tersebut disertai seramai 81 peserta kategori perseorangan dan 52 pasukan bergu. Sesi ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew, Ahli Parlimen P.212 Sibu dan diteruskan dengan sesi bergambar. Majlis tersebut berjalan baik dan lancar. #JBSNBersama #RakanMuda #DSKKBS #MalaysiaMadani
28 JUN 2025, SIBU - Kelab Karom Swan, Sibu telah menjemput Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu untuk menghadiri majlis perasmian Sibu Carrom Open Tournament 2025 pada jam 8:30 pagi bertempat di Tingkat 1, Pasaraya Swan Square, Sibu. Wakil dari Pegawai Belia dan Sukan iaitu Terence Tan, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menghadiri majlis tersebut. Pertandingan tersebut disertai seramai 81 peserta kategori perseorangan dan 52 pasukan bergu. Sesi ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew, Ahli Parlimen P.212 Sibu dan diteruskan dengan sesi bergambar. Majlis tersebut berjalan baik dan lancar. #JBSNBersama #RakanMuda #DSKKBS #MalaysiaMadani
28 JUN 2025, SIBU - 40 orang peserta bermula menjalani latihan KLAS Renang 2025 Fasa 1 di Kolam Renang Delta, Sibu. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan khidmat Jurulatih daripada Persatuan Renang Amatur Bahagian Sibu (SASA). Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi JBSN yang dijalankan secara PERCUMA sebanyak 6 sesi kepada peserta bagi mengurangkan kadar kematian akibat lemas. Inisiatif ini telah dilancarkan pada 13 Mei 2023 dengan hasrat mendedahkan kumpulan sasar kepada teknik asas berenang yang mampu menyelamatkan nyawa serta meningkatkan ilmu peserta tentang kaedah berenang yang betul dan selamat serta mengatasi ketakutan dalam air. Semoga semua peserta dapat mempelajari semua ilmu yang disampaikan oleh jurulatih.
MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 26 JUN 2025 – Malaysia Aktif @Komuniti Peringkat Bahagian Kuching telah bermula dengan aktiviti senamrobik pada 25 Jun 2025 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Jalan Astana dan di Dewan Utama KOMBES Negeri Sarawak. Program ini merupakan program kecergasan dan terbuka kepada segenap lapisan masyarakat. Program ini terdiri daripada 12 siri dan dilaksanakan di sekitar Bahagian Kuching. Sasaran penyertaan seramai 50 orang bagi setiap siri. Lokasi lain yang dipilih untuk melaksanakan aktiviti kecergasan ini termasuklah di Dewan Suarah Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Taman Perpaduan, Centexs Kuching, Centexs Lundu dan Politeknik Kuching.
KUCHING, 26 JUN 2025 – Dua orang pegawai dari PBSB Kuching iaitu Encik Muhamad Arif Zulhilmi Alet dan Puan Pamela Connie Eddie Saga telah menghadiri Mesyuarat Agung Kelab Ping Pong JABES yang telah diadakan pada 18 Jun 2025, jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Kuliah, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Lazimnya Mesyuarat Agung diadakan bertujuan menyampaikan laporan tahunan, menyemak semula aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun, membentangkan laporan kewangan, mengesahkan minit mesyuarat yang lepas, memberi ruang kepada ahli menyuarakan pandangan, idea atau penambahbaikan dan merancang hala tuju kelab.