- JBS Sarawak
- Hits: 65
Cabaran Muay Thai Amatur Miri 2025 Menjadi Platform Membina Sahsiah, Disiplin Dan Ketahanan Diri Dalam Kalangan Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Disediakan oleh : Steph.W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 4 NOVEMBER 2025 – Cabaran Muay Thai Amatur Miri 2025 (MAMC25) anjuran Persatuan Muay Thai Bahagian Miri telah dilaksanakan pada 31 Oktober hingga 1 November 2025 di Permymall Miri melibatkan 140 penyertaan seluruh Malaysia khususnya belia. Encik Roger Danny, pegawai unit pembangunan sukan PBSB Miri turut hadir sebagai tanda sokongan jabatan atas penganjuran kejohanan tersebut.
Datuk Bandar Miri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Yang Berhormat Adam Yii Siew Sang hadir merasmikan kejohanan tersebut. Beliau berkata, sukan lasak itu mampu mengajar golongan muda untuk menjadi lebih fokus, berdisiplin, rendah diri serta menanam rasa hormat terhadap orang lain bukan hanya diterapkan di gelanggang, malah boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Kelab Muaythai Singa 30 Miri muncul juara keseluruhan selepas menggondol 12 pingat emas dan 13 perak. PBSB Miri mengucapkan tahniah kepada Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Persatuan Muaythai Bahagian Miri serta semua pihak yang menjayakan MAMC25.Semoga program pembangunan sebegini dapat diteruskan untuk melahirkan lebih ramai atlet muda MuayThai berbakat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
