- JBS Sarawak
- Hits: 91
Penyerahan Sijil Pendaftaran Kelab Karate Goshin-Ryu Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 91
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 10 NOVEMBER 2025 - Kelab Karate Goshin-Ryu Miri telah menerima sijil perakuan pendaftaran semasa program DP Karate Camp 2025 diadakan pada 8 November 2025 di SMK Dato Permaisuri. Sijil perakuan pendaftaran tersebut telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri kepada Puan Mary Binti Wahab, Presiden Kelab Karate Goshin-Ryu Miri.
Kelab Karate Goshin-Ryu Miri telah sah berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 25 Julai 2025. PBSB Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penubuhan Kelab Karate Goshin-Ryu Miri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
