- JBS Sarawak
- Hits: 72
PBSB Miri Kunjung Festival Sihat Itu Saya 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 72
Disediakan oleh : Steph.W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 10 NOVEMBER 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri turut hadir ke Festival Sihat Itu Saya 2025 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada 8 November 2025 di RTC Bekenu, Miri. Majlis perasmian program disempurnakan oleh YB Dato’ Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan.
Festival Sihat Itu Saya 2025 menggabungkan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) KKM yang diadakan pada 8 hingga 9 November 2025. Program ini bertujuan mendekati komuniti akar umbi serta memperkukuh amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Zumba, saringan kesihatan, perkhidmatan pergigian, reruai agensi di bawah KKM, pameran MyCHAMPION dan banyak lagi. Turut diperkenalkan ialah Wellness on Wheels (WOW) Zoomers iaitu perkhidmatan kesihatan bergerak yang terus mendekati komuniti.
PBSB Miri mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di atas jemputan yang diberikan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
