- JBS Sarawak
- Hits: 70
Program Rakan Mahir: Skills for Life @ Parlimen 2025 Perkasa Kemahiran Belia Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 70
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 6 NOVEMBER 2025 – Seramai 60 orang peserta terdiri daripada belia berumur antara 15 hingga 30 tahun telah menyertai Program Rakan Mahir: Skills for Life @ Parlimen 2025 yang melibatkan tiga parlimen di Miri, iaitu Parlimen Sibuti, Parlimen Baram dan Parlimen Miri. Antara kursus yang dianjurkan ialah Kursus Asas Canva, Kursus Asas Bakeri, dan Kursus AI Ready ASEAN: Hour of Code, yang telah berlangsung pada 1 November 2025.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan latihan. Diharapkan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam meningkatkan keupayaan diri serta membuka peluang ke arah kerjaya dan keusahawanan, seiring dengan perkembangan ekonomi digital negara. Program ini juga diharap dapat membantu golongan belia menghadapi cabaran semasa termasuk isu kos sara hidup yang kian meningkat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
