- JBS Sarawak
- Hits: 23
KURSUS KEJURULATIHAN BELIA (TRAINING OF TRAINERS) SIRI 2 TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak
Melaka, 7 November 2025 – Kursus Kejurulatihan Belia (Training of Trainers) Siri 2 Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan, Melaka bermula dari 3 hingga 7 November 2025. Kursus ini dianjurkan bagi meningkatkan keupayaan serta kemahiran para pegawai belia dan sukan dalam melaksanakan program pembangunan belia di peringkat akar umbi. Seramai 40 orang pegawai belia dan sukan Skim S Gred 1 hingga 5 dari seluruh negara telah menyertai kursus berkenaan. Sepanjang lima hari penganjuran, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai modul latihan merangkumi aspek kepimpinan, komunikasi berkesan, pengurusan program, serta teknik kejurulatihan belia yang inovatif dan berimpak tinggi. Antara peserta yang terlibat ialah Encik Melvin Chambai Anak Gurang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Kursus Kejurulatihan Belia (Training of Trainers) ini diharap dapat melahirkan lebih ramai jurulatih belia yang kompeten dan berwibawa dalam memacu agenda pembangunan belia sejajar dengan matlamat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ke arah melahirkan generasi belia berdaya saing dan berkemahiran tinggi.
#JBSNBersama
#MalaysiaAktif
#MalaysiaMadani
#PBSBSibu
