- JBS Sarawak
- Hits: 75
EMPAT PERTUBUHAN BELIA BAHAGIAN MIRI MENERIMA SIJIL PENARAFAN BINTANG
- JBS Sarawak
- Hits: 75
Disediakan oleh : Steph.W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 4 NOVEMBER 2025 – Sebanyak empat buah persatuan/kelab belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) telah menerima sijil penarafan 4 bintang iaitu Persatuan Belia Miri, Persatuan Belia Kristian Rhema, Kelab Belia Bestari Bandar Miri, dan Kelab Belia Perkasa Taman Marina. Sijil penarafan bintang bagi tahun 2024 tersebut telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri.
Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia merupakan satu kaedah pengukuran tahap keaktifan sesebuah pertubuhan belia berasaskan kepada penghantaran Dokumen Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan penilaian lanjutan ke atas kriteria-kriteria tambahan yang telah ditetapkan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Persatuan atau kelab yang berjaya mendapat bintang akan menerima sijil penghargaan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan sebagai dorongan dan sokongan untuk terus lebih bergiat aktif dalam melaksanakan program dan agenda pembangunan belia dan komuniti setempat.
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua persatuan/kelab belia yang sijil tersebut dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan program untuk pembangunan belia akan datang.
