- JBS Sarawak
- Hits: 62
PBSB Kapit Memperkasa Tadbir Urus Melalui Semakan Prestasi Program Dan Kewangan 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 62
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 25 November 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit semalam telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik dan pemantauan pengurusan yang melibatkan pegawai serta kakitangan pejabat. Sesi ini diadakan bagi memastikan akauntabiliti dan kecekapan pentadbiran berada pada tahap optimum menjelang penghujung tahun 2025.
Fokus utama perbincangan menjurus kepada pengemaskinian laporan pelaksanaan program-program pembangunan belia dan sukan yang telah dijalankan sepanjang tahun. Satu sesi pascanilai (post-mortem) telah dilaksanakan bagi mengenal pasti kekuatan yang perlu dikekalkan serta memperbaiki kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti. Langkah ini diambil bagi merangka strategi penambahbaikan yang lebih tuntas untuk kalendar program tahun hadapan.
Selain itu, aspek pengurusan kewangan turut diperhalusi dengan meneliti status perbelanjaan semasa. Ini bagi memastikan setiap peruntukan diuruskan dengan cekap, telus dan mematuhi segala arahan perbendaharaan serta pekeliling kerajaan yang sedang berkuat kuasa.
PBSB Kapit sentiasa komited memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus pejabat sentiasa teratur demi memberi impak positif kepada pemegang taruh, khususnya komuniti belia di bahagian ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #pbsbkapit
