Majlis Sambutan Hari Warga Emas Dan Perasmian PAWE Mukah

Majlis Sambutan Hari Warga Emas Dan Perasmian PAWE Mukah

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 26 NOVEMBER 2025 – Majlis Sambutan Hari Warga Emas dan Perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Mukah telah diadakan pada 16 November 2025 di PAWE Mukah. Puan Hatijah Halidi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah hadir bagi memenuhi undangan jemputan daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Mukah. Pelbagai pengisian aktiviti telah dilaksanakan sempena majlis tersebut antaranya ceramah daripada agensi yang berkaitan, ice breaking, majlis perasmian dan penyampaian hadiah.

Program tersebut telah dihadiri Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian dan beliau telah menyempurnakan majlis perasmian program seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang mengikuti pertandingan yang dianjurkan. Hadir sama Encik Dariel Thiong Yiew Seng, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah dan Tuan Haji Yahya Mat, Pengerusi PAWE Mukah.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search